suria

Pengantin menangis, rupa-rupanya anak kandung ‘ibu mentua’ terpisah lebih 20 tahun

Pengantin perempuan (kanan) menangis selepas mendapati ibu mentuanya sebenarnya adalah ibu kandungnya yang lama terpisah.

SEORANG wanita di China mendapati menantu perempuannya sebenarnya adalah anak kandungnya yang lama terpisah.

Dia menyedari perkara itu selepas menyedari tanda lahir pada tangan pengantin perempuan ketika hadir majlis perkahwinan itu.

Dalam kejadian di Suzhou, wilayah Jiangsu pada 31 Mac, wanita itu mendapati tanda lahir di tangan menantu baharunya, serupa dengan anak perempuannya yang hilang.

Menurut laporan media China, wanita itu kemudian berjumpa dengan ibu bapa pengantin perempuan, bertanyakan sama ada anak perempuan mereka merupakan anak angkat sejak lebih 20 tahun.

Pertanyaan tersebut ternyata mengejutkan kerana ia menjadi rahsia selama bertahun-tahun, sebelum mereka mendedahkan bahawa mereka menemui seorang bayi perempuan di tepi jalan lebih 20 tahun lalu, dan menjaganya sejak itu.

Pendedahan yang mengejutkan itu membuatkan pengantin perempuan menangis kerana selama ini dia mahu mengetahui tentang keluarga kandungnya.

Malah, dia menyifatkan momen itu adalah lebih indah daripada hari perkahwinannya sendiri.

Bagaimanapun, terdapat plot twist di sebalik kejadian itu apabila tiada bantahan ke atas perkahwinan selepas pengantin lelaki pula didedahkan sebagai anak angkat.

Menurut laporan Oriental Daily, wanita berkenaan mengambil seorang budak lelaki sebagai anak angkat selepas berputus asa dalam pencarian anak perempuannya yang hilang.

Dia sebelum itu mencari anak perempuannya selama bertahun-tahun tetapi tidak berhasil.

Menantu perempuan pada mulanya bimbang mengenai perkahwinannya bersama saudara kandung tetapi kemudian dimaklumkan kedua-dua pengantin bukan adik-beradik kandung.

Penjelasan itu melegakan pengantin perempuan dan upacara perkahwinan diteruskan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain