suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor terkejut lihat wanita miliki ibu jari kaki ‘rare’

Keadaan ibu jari kaki Anna yang lebih panjang berbandin jari normal. Foto: TLC

SEORANG wanita mengalami keadaan aneh di mana dia menderita sakit ekoran mempunyai ibu jari kaki yang besar pada kedua-dua belah kakinya.

Keadaan Anna Tantillo menyebabkan doktor sendiri terkejut kerana tidak pernah melihat jari seumpama yang dimilikinya.

Anna yang muncul dalam sebuah program televisyen, My Feet Are Killing Me, menjelaskan bahawa ibu jari kakinya yang besar itu menyebabkan kesakitan yang tidak berkesudahan.

Dia memberitahu Dr Brad Schaeffer mengenai penderitaannya dan melihat rancangan televisyen tersebut, sebagai satu jalan terakhir untuk dia merawat penyakitnya sebelum semakin parah.

Ketika kamera memfokuskan kepada bahagian kakinya, kelihatan ibu jari kaki kanannya hampir dua kali panjang jari kedua di sebelahnya.

Namun lebih mengejutkan, kelihatan ibu jari di kaki kirinya lebih panjang sebaik dia menanggalkan kasut.

Terkejut dengan apa yang dilihatnya, Dr Brad memeriksa kaki wanita tersebut dan menjelaskan bahawa ia adalah masalah serius dan boleh menyebabkan komplikasi.- Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain