suria

Gempar temui pintu rahsia di salun selepas mimpi ‘banyak mayat’

Penemuan pintu rahsia di sebalik dinding salun. foto TikTok hippieloumom

SEORANG wanita digemparkan dengan penemuan pintu rahsia di sebalik dinding salun kecantikan miliknya.

Seorang pengguna TikTok, Miranda berkata, ibunya dikatakan mengalami mimpi ngeri pada malam sebelumnya mengenai pintu rahsia yang dipenuhi mayat.

Mimpi tersebut membuatkan ibunya bertindak memecah dinding salun.

Penemuan oleh ibunya itu dikongsikan menerusi aplikasi TikTok, telah mengejutkan para pengikut.

Menerusi video yang meraih lebih 1.6 juta tontonan itu, ibunya dilihat sedang memecahkan dinding yang diperbuat oleh sytrofoam, sehingga mendedahkan sebuah pintu rahsia.

"Ibu saya mimpi terdapat banyak mayat di sebaliknya, dan dia mimpi terdapat pintu rahsia dan terkejut memang jumpa ada pintu rahsia," katanya.

Selepas memecahkan dinding itu berkali-kali, anak beranak itu bagaimanapun tidak dapat membuka pintu berkenaan.

Menerusi video susulan, dia mendedahkan bahawa di sebalik dinding tersebut sebenarnya merupakan satu dinding yang kukuh. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pintu rahsia, bilik rahsia, salun, mayat, TikTok,

Artikel Lain