suria

Enggan jalani kuarantin, dua ibu ditahan selepas pulang buat pembedahan kosmetik payudara di Dubai

Salah seorang wanita yang ditahan pada Jumaat. foto Philip Fitzpatrick086 1683832

DUA ibu ditahan di lapangan terbang kerana didakwa enggan menjalani kuarantin selepas pulang dari melakukan pembedahan kosmetik payudara di Dubai.

Kirstie McGrath, 30, dan Niamh Mulreany, 25, ditahan pada Jumaat di Terminal 2 di Lapangan Terbang Dublin di Ireland, selepas pulang dari Arab Emiriah Bersatu (UAE).

Kedua-dua wanita itu ditahan kerana didakwa enggan menjalani kuarantin wajib di hotel selepas tiba di Dublin.

Menurut laporan Dublin Live, mereka didakwa kerana melanggar peraturan Covid-19 di bawah Akta Kesihatan.

Susulan itu, kedua-dua wanita itu dihadapkan ke Mahkamah Daerah Tallaght dan mengaku tidak bersalah.

Hakim memberitahu, dua rakan itu pergi ke luar negara untuk melakukan pembedahan pembesaran payudara.

Mereka turut dipersoal sama ada ia merupakan perjalanan atas urusan penting.

Ia yang merujuk kepada pembedahan payudara kemudian disifatkan sebagai prosedur perubatan, sebagai alasan mereka melakukan perjalanan itu.

Menurut laporan Irish Mirror, ia merupakan kunjungan kedua-dua wanita itu ke Timur Tengah, di mana mereka melakukan pembedahan kosmetik di sana beberapa minggu lalu. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain