suria

Doktor berjaya buat pembedahan jantung ketika bangunan hospital sedang terbakar

Ahli bomba sedang memadamkan kebakaran di bumbung hospital di bandar Blagoveshchensk, Rusia. Foto: Getty Images

SEPASUKAN doktor di Rusia berjaya menyelesaikan pembedahan jantung terhadap seorang pesakit ketika bangunan hospital sedang terbakar.

Lebih daripada 120 orang dipindahkan dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian di bandar Blagoveshchensk, pada Jumaat

Pembedahan itu diteruskan di tingkat bawah hospital berkenaan dan difahamkan tenaga elektrik dibekalkan ke dewan pembedahan itu menggunakan kabel berasingan.

Pesakit jantung itu kemudian dipindahkan selepas pembedahan selesai dijalankan.

Ketua pakar bedah, Valentin Filatov berkata pasukannya 'harus menyelamatkan pesakit dan mereka melakukan yang terbaik'.

Lapan doktor dan jururawat terlibat dalam pembedahan selama dua jam itu, yang bermula sebelum api marak.

Kebakaran yang berpunca daripada masalah elektrikal itu berjaya dikawal tanpa sebarang kejadian meragut nyawa. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain