suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malang tak berbau... lelaki ‘dilibas’ sotong kurita ketika sedang asyik rakam video

Lance menunjukkan kesan libasan haiwan berkenaan yang terkena lehernya. Foto: Instagram/LanceKarlson

MALANG tidak berbau!

Seorang lelaki yang sedang merakam gelagat seekor sotong kurita secara tiba-tiba 'diserang' oleh haiwan laut berkenaan.

Sewaktu kejadian, Lance Karlson yan juga seorang ahli geologi bercuti bersama keluargnya di sebuah resort di Geographe Bay, Australia.

Dia kemudian ternampak seekor sotong kurita ketika berjalan di pesisir pantai.

Lance, 34, segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula merakam gelagat haiwan laut berkenaan.

Klip video yang dimuat naik pada 19 Mac lalu menunjukkan haiwan tersebut menghampiri Lance.

Haiwan itu kemudian berhenti dan secara tiba-tiba melibas sesungutnya ke arah Lance membuatkan lelaki itu segera melarikan diri.

Libasan itu mengenai leher, lengan dan bahagian belakang badannya.

Lance turut memuat naik gambar lehernya yang kemerah-merahan akibat terkena libasan haiwan laut berkenaan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain