suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selamba parkir BMW depan pintu masuk ladang, penternak berang pasang pagar keliling kereta

bmw

SEORANG penternak yang berang dengan seorang pemandu kereta BMW yang menghalang pintu pagarnya dengan memasang pagar besi di sekeliling kenderaan itu.

Pemandu BMW itu membiarkan keretanya betul-betul di hadapan pintu masuk ke ladangnya di kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, penternak tersebut menyampaikan mesej kepada para pengunjung bahawa kenderaan yang menghalang masuk akan dipagar.

Ahli majlis parti Hijau, Emily Durrant yang mewakili Llangors, Mid Wales berkata, pengunjung seharusnya menghormati ladang untuk kegiatan ekonomi.

"Adalah dialu-alukan bagi sesiapan di Wales untuk datang ke kawasan ini tetapi jangan mencetuskan masalah dengan meletakkan kenderaan di hadapan pintu ladang.

"Ia merupakan tanah untuk bekerja, bukannya untuk seronok-seronok. Bila penternak tidak dapat menjaga ternakan mereka, ia akan membuatkan mereka kecewa," katanya.

Durrant dari Majlis Powys County berkata, pagar itu kemudian dialihkan selepas gambar kereta tersebut dirakamkan.

"Ia merupakan gambar yang menghiburkan, tetapi mesej di sebaliknya adalah serius.

"Apa yang kita minta adalah supaya semua pihak bertimbang rasa apabila berkunjung ke kawasan luar bandar dan peka terhadap persekitarannya," katanya. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain