suria

Meghan tidak akan kembali ke UK selepas wawancara kontroversi bersama Oprah?

Wawancara Putera Harry (kiri) dan Meghan (tengah) bersama Oprah Winfrey. foto PA

MEGHAN Markle tidak akan kembali ke United Kingdom (UK) selepas konflik dengan keluarga diraja Britain dan persepsi kurang baik terhadap dirinya dalam kalangan rakyat.

Gambaran itu dikatakan oleh seorang pengarang diraja.

Wawancara Meghan bersama pengacara Oprah Winfrey di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, membuat pendedahan kurang senang mengenai keluarga diraja sehingga menyaksikan konflik dalaman.

Menurut pengarang diraja, Anna Pasternak, Meghan kini menangguhkan perjalanannya kembali ke UK kerana dia merasakan hilang kepercayaan dan sokongan rakyat Britain.

Bercakap kepada Fox News, Anna berkata: "Adakah Meghan Markle akan kembali ke UK?

"Jawapan spekulatif saya mengatakan tidak, jika ia tidak dapat membantunya," katanya.

"Saya tidak lagi melihatnya sebagai ahli keluarga diraja yang disayangi dan dihargai dengan rasa hormat dalam kalangan rakyat Britain," katanya.

Pelbagai dakwaan yang ditimbulkan menerusi wawancara itu, termasuk pasangan tersebut telah berkahwin tiga hari sebelum perkahwinan diraja. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain