suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita bogel beramai-ramai di balkoni penthouse ditangkap polis

Sekumpulan wanita berbogel beramai-ramai di sebuah penthouse di Dubai.

SEKUMPULAN wanita yang dirakam bertelanjang di balkoni sebuah penthouse di Dubai telah ditangkap.

Rakaman video aksi kumpulan itu tular di media sosial minggu ini.

Difahamkan, kejadian itu dirakam oleh seseorang dari bangunan bersebelahan.

Akhbar The National melaporkan kumpulan itu beraksi sedemikian kerana mengambil bahagian dalam satu 'cabaran' namun ia tidak mengulas lebih lanjut.

Mereka yang ditahan berdepan hukuman penjara hingga enam bulan dan denda sekitar £1,000 (RM5,722) kerana melanggar undang-undang berkaitan kesopanan awam di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Malah individu yang berkongsi video tersebut juga berkemungkinan akan menghadapi tindakan undang-undang.

Dalam satu kenyataan, Polis Dubai memberi amaran bahawa kelakuan sedemikian tidak dapat diterima dan tidak mencerminkan nilai serta etika masyarakat UAE. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bogel di penthouse, Dubai

Artikel Lain