suria

Saja cari nahas... dua wanita lompat di tepi tebing ketinggian 122 meter untuk selfie

Dua wanita dilihat melompat di tepi tebing Birling Gap. foto Alamy Live News

DUA wanita mendedahkan diri mereka kepada bahaya selepas bertindak melompat di tepi tebing berketinggian 400 kaki (122 meter) semata-mata untuk mengambil gambar.

Kedua-dua wanita itu dlihat melompat ke udara bagi mendapatkan rakaman foto di Birling Gap dekat Eastbourne, East Sussex di England.

Majlis East Sussex mengeluarkan amaran pada minggu lalu berikutan tebing kapur yang dijadikan lokasi pilihan untuk bergambar, menggesa pengunjung untuk menjauhkan diri dari tepi tebing yang tidak stabil akibat hakisan pantai.

Pengawal pantai juga mengeluarkan amaran baharu mengenai bahaya berdiri atau berjalan dekat tebing setelah orang awam dilihat bergambar untuk selfie dekat lokasi itu.

Satu nasihat keselamatan dikeluarkan memberi amaran kepada para pengunjung untuk tidak berada dekat dengan tebing yang tinggi itu.

Mengikut rekod, terdapat 50 insiden jatuh dari tebing sepanjang pantai East Sussex lebih setahun lalu.

Walaupun diberikan amaran, para pengunjung masih dilihat berada di lokasi tersebut. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain