suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi jalanan dihina seorang penonton, kini terima sokongan netizen seluruh dunia

Kata Nahscha, dia tidak berniat untuk meraih simpati orang ramai.

SEORANG penyanyi jalanan di New York melalui detik memalukan apabila dia dihina oleh seorang wanita yang menonton persembahannya.

Menurut Nahscha, wanita itu meminta dia berhenti menyanyi ketika dia sedang membuat persembahan di hadapan sekumpulan penonton.

Selepas dihina, Nahscha turut memberi ucapan ringkas kepada penonton, meminta semua orang agar menujukkan sikap baik antara satu sama lain.

Malah, rakaman melibatkan penyanyi itu turut dikongsi di aplikasi TikTok.

Kini, dia menerima sokongan individu dari seluruh dunia.

Video itu juga meraih lebih 8 juta tontonan.

"Saya bukan nak meraih simpati. Saya cuma nak ingatkan semua agar berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata biadab.

"Kamu tak pernah tahu apa yang orang lain lalui dalam hidup mereka. Tolong tunjukkan sikap positif," ujarnya.

Dalam pada itu, netizen yang memberi sokongan turut menyelar sikap wanita pembuli yang menghina mutu nyanyian Nahscha dalam kejadian itu. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain