"Bridezilla!" - Itulah ungkapan yang sesuai dilabel ke atas wanita ini. - Dunia | mStar

"Bridezilla!" - Itulah ungkapan yang sesuai dilabel ke atas wanita ini.

Tangkap layar yang dimuat naik oleh pengantin wanita tersebut di akaun twitternya.

MENJADI kebiasaan di majlis perkahwinan seseorang dihadiri dan dimeriahkan dengan kedatangan keluarga serta teman terdekat.

Namun, seorang pengantin wanita berang dengan memuat naik posting di akaun twitter miliknya  apabila rakan yang telah dijemput ke majlis perkhawinannya tidak dapat hadir.

Menjadi lebih berang lagi apabila tiada kad maklum balas atau hadiah yang dikirim.

"Dan, untuk pengetahuan, jika kamu dijemput ke majlis perkahwinan dan kamu tidak datang, kamu perlu menghatar kad...

"Terutamanya jika kamu memberikan alasan mengarut untuk tidak hadir...

Dilabel sebagai 'bridezilla' oleh seorang pengguna twitter.

"Lebih-lebih lagi apabila kamu sudah mengetahui tentangnya selama dua tahun," kongsinya di twitter.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati ke atas tindakan wanita tersebut dengan melabelnya sebagai materialistik apabila tangkap layar itu telah viral.

"Anda tidak perlu menghantar sebarang kad atau hadiah jika anda tidak dapat menghadiri majlis.

"Itu hanya undangan, bukan invois," kata netizen yang menyakal tindakan wanita tersebut.

Selain daripada kecaman, ada sesetengah netizen yang bersetuju bahawa ia satu tindakan yang kurang sopan tidak menghantar hadiah kepada pengantin.

Manakala, sesetengah pengguna twitter yang lain turut menyatakan mereka tetap menghantar nota jika tidak dapat hadir ke majlis.

Pengantin , netizen , kecaman

Artikel Sebelum

Artikel Lain