suria

Kepala wanita terpaksa dibelah segera selepas buat pemeriksaan mata rutin

Melly Buckley. -foto Daily Post/Melly Buckley

SEORANG wanita didiagnosis dengan tumor otak susulan pemeriksaan mata rutinnya dan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.

Melly Buckley, 44, didiagnosis dengan tumor pada September selepas mengalami migrain teruk.

Doktor memberitahu pekerja Tesco itu mereka percaya bahawa jisim itu 'aktif' dan mungkin sudah berada dalam kepalanya selama 10 tahun sebelum terus merujuknya ke hospital tempatan untuk ia dibuang.

Tetapi pakar bedah hanya mengetahui ukuran sebenar tumor tersebut selepas memotong kepalanya 'dari telinga ke telinga', menutupnya semula dan segera membuat imbasan MRI.

Setelah mengetahui jisim itu 'menduduki' satu pertiga kepalanya, mereka bergegas untuk prosedur kecemasan selama lapan jam untuk membuang tumor bersaiz buah limau yang tumbuh di otaknya.

-foto Daily Post/Melly Buckley

Sekiranya ia dibiarkan seminggu lagi, tumor tersebut yang Buckley, dari Flint, Wales, menamakannya 'Roger' mungkin akan meragut nyawanya.

Doktor bertindak pantas dalam usaha menyelamatkan nyawa wanita ini sehinggakan dia sendiri tidak sedar bahawa doktor perlu 'mengopek' kepalanya sebanyak dua kali.

Ibu kepada seorang anak yang juga bekerja sebagai ahli majlis bandaraya itu telah bertemu dengan ahli neuropsychologi di Brain Injury Wales di Holywell minggu lepas, yang menunjukkan gambar 'Roger' untuk kali pertama.

"Ia menarik, meliputi satu pertiga daripada kepala saya. Apabila mereka menjelaskan ia telah berkembang menjadi saiz limau pada masa itu, sukar membayangkan nisbahnya. Ia benar-benar besar.

"Saya tak pernah lihat gambarnya sebelum ini, ia adalah nyata. Saya rasa sangat bertuah," katanya.

-foto Daily Post/Melly Buckley

Kini, selepas tiga bulan pengalamannya, dia perlu menyesuaikan diri dengan kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan.

"Disebabkan saiz tumor dan banyak yang dilakukan untuk mengeluarkannya, ia mengganggu emosi saya dan saya kerap menangis.

"Saya juga mengalami hilang ingatan jangka pendek sejak pembedahan yang agak mengecewakan saya," katanya.

"Kemurungan adalah kesan sampingan biasa yang saya alami sedikit sejak pembedahan," katanya. -MetroUK

tumor, migrain, mata

Artikel Lain