suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu tuang peluntur dalam tiub makanan anaknya yang sedang kritikal

-foto Facebook

SEORANG ibu ditahan selepas didakwa menuang peluntur dalam tiub makanan anaknya yang sedang kritikal.

Brooke Evelyn Lucas, 26, dituduh cuba membunuh bayinya, William, yang lahir dengan masalah 'sindrom Pierre Robin'.

Keadaan ini bermakna bayi berusia satu tahun itu, yang dilahirkan 14 minggu pramatang, memerlukan rawatan berterusan dan bantuan tiub untuk makan dan bernafas.

Menurut polis di Perth, Australia, ibunya ditangkap dan didakwa dengan niat untuk membunuh atau membahayakan nyawa manusia, berikutan kejadian yang didakwa.

-foto Facebook

Para pegawai percaya ibunya menuang peluntur ke dalam tiub anaknya pada 29 Disember lalu, kurang seminggu selepas dia dibenarkan keluar dari hospital, 9News Australia melaporkan.

William kemudian digegaskan ke hospital, tetapi selepas itu dilaporkan dibenarkan pulang.

Ibunya, beberapa hari sebelum itu telah membuat posting: "William telah dibenarkan keluar dari PCH dan akan meraikan Krismas pertamanya di rumah. Saya menangis selepas dia sakit pada Jumaat dan Sabtu dan dia perlu dimasukkan ke hospital."

Ibunya, yang menggelarkan anaknya sebagai 'keajaiban Krismas' di media sosial ditahan dalam tahanan sehingga dibawa ke mahkamah buat kali kedua pada Isnin. -MetroUK

peluntur, Pierre Robin, bayi

Artikel Lain