Doktor berang isteri malas buat kerja rumah sewaktu hamil - Dunia | mStar

Doktor berang isteri malas buat kerja rumah sewaktu hamil

TINDAKAN seorang doktor yang membuat perkongsian di laman Reddit mengenai isterinya yang sedang hamil ternyata menimbulkan kemarahan ramai.

Menerusi perkongsian itu, dia berkata, isterinya yang juga seorang doktor mula berubah sejak hamil.

Jelasnya lagi, isterinya mula menjadi malas untuk melakukan kerja rumah, tidak seperti kebiasaan sebelum dia berbadan dua.

"Adakah saya lelaki tak guna kalau saya cakap perempuan tak boleh jadikan mengandung sebagai alasan untuk malas?" soal doktor berusia 32 tahun itu.

"Saya memang nak sokong dia sebaik mungkin, tapi dia dah banyak berubah.

"Dia hilang minat untuk bekerja. Baru-baru ini kami turut bergaduh.

"Dia dah jarang bantu saya di rumah. Cuci pakaian, memasak, cuci pinggan, cuci tandas. Semua saya buat, dia sentiasa penat.

"Keluar lepak dengan kawan atau menonton televisyen dia tak penat pula," kongsinya lagi.

Tambahnya lagi, kemuncak kemarahannya meledak apabila wanita itu tidak mengambil barangan dapur yang dibeli olehnya.

Rata-rata pelayar internet mengakui terkejut dengan perkongsian lelaki itu, ditambah pula dia merupakan seorang doktor.

"Kamu belajar bidang perubatan. Kamu tahu kesan apabila seorang wanita mengandung tetapi kamu panggil dia pemalas. Langsung tak menyokong isteri," tulis seorang individu.

"Menakutkan apabila perkara ini perlu dijelaskan kepada seorang individu yang bergelar doktor," tulis seorang lagi netizen. - Mirror.UK.

Doktor , Hamil

Artikel Lain