suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan tinggal di istana, Harry dan Meghan bakal hilang perlindungan diraja

PUTERA Harry dan isterinya, Meghan Markle pernah menyuarakan hasrat untuk hidup seperti orang kebanyakan sahaja.

Malah bukan lagi satu rahsia mengenai hasrat mereka untuk keluar dari Istana Kensington.

Terbaharu, timbul pula laporan yang menyatakan pasangan itu tidak akan mendapat perlindungan kekal jika mereka benar-benar meninggalkan istana.

Difahamkan, keputusan itu akan memberi masalah kepada pasukan keselamatan untuk menguruskan mereka.

"Ianya tugas yang besar untuk bekerja secara rapat dengan kerabat diraja. Memang mencabar.

"Bukan itu sahaja, dinamik dalam keluarga itu juga akan berubah tak lama lagi.

"Akan ada penambahan dalam pasukan keselematan kerana mereka akan berulang-alik antara Berkshire dan London," kata seorang pegawai keselamatan kanan.

Baru-baru ini, pegawai yang menjaga keselamatan Meghan mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya yang baru sahaja memasuki bulan keenam.

"Isunya adalah syif kerja yang rumit dengan jumlah masa yang diambil untuk perjalanan pasangan itu.

"Tapi kami enggan komen mengenai susunan keselamatan untuk keluarga diraja," ujar satu sumber. - Mirror.UK.

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Lain