suria

Meghan tidak dijemput ke majlis sambutan hari jadi Kate?

SELEPAS khabar angin tentang perbalahan antara Meghan Markle dan Kate Middleton terus bertiup, laporan baharu mendakwa Duchess of Sussex tidak dijemput hadir ke sambutan ulang tahun kakak iparnya itu pada minggu lalu.

Kate menyambut ulang tahun ke-37 baru-baru ini dan meraikannya secara tertutup bersama keluarga dan rakan-rakan di rumah mereka di Anmer Hall, Sandringham.

Namun, dua figura penting iaitu Putera Harry dan Meghan tidak kelihatan berada pada sambutan itu, lapor Mail Online.

Situasi itu menjadi tanda tanya dan menyemarakkan lagi spekulasi bahawa kedua-dua puteri tersebut sedang berselisihan faham.

Pengulas televisyen mendakwa, kedua-dua puteri itu memiliki peribadi berbeza dan Kate berasa terancam dengan kehadiran Meghan.

Bagaimanapun, Kate dan Meghan kelihatan mesra pada sambutan Krismas lalu. - Mirror UK

Kate Middleton, Meghan Markle

Artikel Lain