suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja selenggara lapangan terbang temui ajal dipenggal bilah helikopter

Pekerja sebuah lapangan terbang maut dipenggal bilah helikopter. - Foto 10News WTSP

SEORANG lelaki maut selepas terkena bilah kipas helikopter di bahagian kepalanya sewakty bekerja di lapangan terbang Florida, Amerika Syarikat.

Pejabat Sheriff Hernando County berkata, Salvatore Disi, 62, meninggal dunia  berhampiran bangunan tempat menyimpan dan menyelenggarakan kapal terbang di Lapangan Terbang Wilayah Brooksville-Tampa Bay pada Khamis.

Lapangan terbang itu terletak kira-kira 64 kilometer di utara Tampa.

Pihak berkuasa berkata, dua orang lelaki menggunakan pedati kuasa untuk menghidupkan helikopter dan secara tiba-tiba helikopter tersebut tersentak dan kemudian turun.

Kenyataan sheriff mendapati bahawa gerakan itu menyebabkan bilah utama yang berputar dalam helikopter tersebut terkena kepala Disi dan menyebabkannya maut serta-merta.

Sumber pejabat sheriff berkata, kecederaan itu boleh dikelaskan sebagai dipenggal, lapor stesen televisyen Tampa Bay WFLA-Ch. 8.

Polis Hernando County, Sheriff Al Nienhuis memberitahu wartawan bahawa pihaknya tidak mengesyaki terdapat perbuatan khianat, tetapi siasatan penuh akan dijalankan. - Sun Sentinel

penggal kepala

Artikel Lain