suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lamar kekasih di puncak bukit sebelum sesat tak jumpa jalan pulang

HASRAT seorang lelaki untuk melamar kekasihnya secara romantik di puncak sebuah bukit bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka gagal mencari jalan pulang.

Joshua Mason dan pasangannya, Katie Davis yang berasal dari Texas mengambil keputusan untuk sama-sama mendaki Puncak Jasper di Colorado pada Sabtu.

Setelah berjalan dan mendaki sejauh lapan batu, mereka menemui satu tempat terpencil sebelum Johsua melamar Katie.

Tanpa berfikir panjang, Katie menerima lamaran itu.

Namun, kisah cinta penuh gembira mereka mula menjadi detik ngeri apabila dua pasangan itu gagal menemui jalan untuk turun ke kaki bukit.

Ditambah dengan keadaan gelap selepas siang bertukar malam, ia semakin menyukarkan mereka untuk bergerak.

Lebih teruk, mereka tidak membawa pakaian tambahan dan hanya mempunyai sedikit bekalan air sahaja.

Mereka ditemui oleh seorang lelaki yang sedang berkemah di lokasi itu.

Ketika ditemui, Joshua dan Katie berada dalam keadaan kesejukan, mengalami altitude sickness dan kering air dalam badan.

Mereka direhatkan di dalam kemah untuk memanaskan badan sebelum rakan lelaki itu pergi mendapatkan bantuan.

Akhirnya, mereka berjaya dibawa keluar dan diselamatkan oleh pihak berkuasa yang dibantu oleh pegawai penyelamat Rocky Mountain Rescue.- Sky.Com.

Joshua Mason, Katie Davis

Artikel Lain