suria

Tragis... anak lihat ibu maut terperangkap di bawah banana boat

SEORANG ibu maut di depan mata anak perempuannya selepas dia terperosok di bawah 'banana boat' yang terbalik semasa percutian keluarga di Mesir.

Wanita itu yang dipercayai berusia dalam lingkungan 50-an atau 60-an dilaporkan tersangkut di bawah 'banana boat' tersebut selama beberapa minit selepas ia terbalik.

Akibat insiden di Hurghada itu pada 28 Ogos lalu, semua penumpang tercampak ke dalam laut.

Mangsa berjaya dikeluarkan tetapi dia meninggal dunia di tempat kejadian meskipun rawatan CPR sudah cuba dilakukan.

Seorang lelaki yang berada di dalam banana boat semasa kejadian itu memberitahu The Sun:"Saya boleh dengar bunyi raungan anak perempuan itu kerana dia tahu ada sesuatu yang serius menimpa ibunya."

Insiden berlaku selepas pelancong selesai dibawa melihat dolphin di Hurghada.

"Mereka melakukan rawatan CPR tetapi tiada tindak balas," katanya.

Insiden itu berlaku seminggu selepas pasangan warga Britain maut di pusat peranginan yang sama menggunakan khidmat ejen pelancongan Thomas Cook Holiday.

Sejak itu syarikat tersebut menggantung semua lawatan menggunakan bot di kawasan itu sementara menunggu siasatan.

Jurucakap Thomas Cook Holiday berkata:"Kami boleh mengesahkan seorang pelanggan kami meninggal dunia minggu lalu semasa percutian di Mesir."

"Takziah kami ucapkan kepada keluarga itu dan pasukan kebajikan kami akan melakukan sesuatu bagi memberi sokongan kepada mereka ketika ini.

"Kami akan menyiasat apa yang berlaku dengan segera," katanya.

banana boat, maut

Artikel Lain