suria

Penduduk Enggan Selamatkan Diri

KARANGASEM, Indonesia: Ribuan penduduk tempatan di Bali berkeras tidak mahu meninggalkan zon bahaya dengan radius 10 kilometer (km) daripada letusan gunung berapi kerana menyerahkan ajal ke tahan Tuhan.

Mereka berbuat begitu kerana ingin melindungi rumah masing-masing dan haiwan ternakan.

Gunung Agung yang berketinggian 3,000 meter dianggap suci oleh kebanyakan penganut agama Hindu di pulau tersebut mula menyemburkan asap debu pada hujung minggu lalu dan terdapat gegaran berterusan serta aliran lumpur gunung berapi sejak hari itu.

Pasukan mencari dan menyelamat mengunjungi kawasan bahaya itu setiap hari dan mereka enggan meninggalkan lembu tanpa pengawasan, sementara yang lain mempunyai alasan ketuhanan.

Selain penduduk, pelancong juga mengambil risiko seperti merakamkan gambar swafoto pada jarak dekat.

Bulan lalu, seorang lelaki Perancis berkongsi video dirinya berdiri di pinggir kawah ke  media sosial.

Pada September lalu, apabila pihak berkuasa mula-mula menaikkan tanda amaran ke tahap tertinggi, dan menetapkan zon pengecualian sehingga 12 km, hampir 150,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Tetapi apabila tiada letusan besar berlaku, ramai yang kembali ke rumah masing-masing dan status amaran itu diturunkan.

Apabila pihak berkuasa sekali lagi menaikkan tanda amaran pada minggu ini, ramai yang enggan meninggalkan rumah mereka. - Reuters

letusan gunung berapi, Bali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Buat Filem Versi Bajet Ciput

Artikel Lain