suria

Angkara Agung, Lapangan Terbang Bali Ditutup Lagi

DENPASAR: Susulan amaran tahap maksimum yang dikeluarkan berikutan gunung berapi Agung yang dijangka meletus bila-bila masa, lapangan terbang di Bali terpaksa ditutup untuk hari kedua.

Kementerian Pengangkutan telah menutup Lapangan Terbang Ngurah Rai di sini selama 24 jam pada Isnin dengan membatalkan lebih 400 penerbangan dan mengakibatkan 59,000 pengunjung terkandas.

Bagaimanapun pada Selasa, pengumuman dibuat untuk melanjutkan tempoh penutupan sehingga jam 7 pagi pada Rabu.

Setakat ini, lapangan terbang terdekat di Lombok telah dibuka semula, demikian menurut jurucakap Agensi Bencana Nasional Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.

Pihak berkuasa juga telah menyediakan perkhidmatan bas untuk membawa pelancong ke terminal feri.

Debu gelap yang dilepaskan gunung berapi itu mencecah sehingga setinggi tiga kilometer (km) ke udara.

Gunung berapi Agung terletak kira-kira 70 km dari kawasan pelancongan popular iaitu Kuta dan Seminyak.

Sementara itu, pegawai agensi bencana memaklumkan kira-kira 40,000 penduduk di sekitar Agung meninggalkan kediaman masing-masing.

"Seramai 100,000 lagi dijangka terpaksa berpindah sebagai langkah berjaga-jaga. Zon pengecualian pada lingkungan 75 kilometer (km) dari pusat pelancongan Kuta juga telah diperluaskan kepada 10 km," katanya.  


Agung, Bali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kasih Seorang Bapa!

Artikel Lain