suria

Miss Universe Milik Guru Seni Mempertahankan Diri

SEORANG wanita dari Afrika Selatan yang mengajar seni mempertahankan diri untuk kaum Hawa dinobatkan sebagai Miss Universe, dalam acara yang berlangsung di Las Vegas, Isnin.

Ratu Colombia dan Ratu Jamaica juga termasuk dalam senarai tiga teratas.

Demi-Leigh Nel-Peters. -fotoAFP

Demi-Leigh Nel-Peters, 22, tersenyum lebar apabila dia diumumkan sebagai pemenang.

-fotoAFP

Dia baru sahaja mendapat ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan di North-West University, baru-baru ini.

Kecintaannya dalam seni mempertahankan diri timbul apabila dia diacu pistol sebulan selepas memenangi pertandingan Ratu Cantik Afrika, ujarnya menerusi laman web Miss Universe.

-fotoAFP

Ratu Colombia, Laura Gozalez, 22, menduduki tempat kedua.

Dia mempersiapkan diri untuk bergelar pelakon sejak berusia 16 tahun.

-fotoAFP

Selepas tamat pengajian di sekolah seni persembahan, dia berpindah ke Bogota untuk membina kerjayanya.

Tempat ketiga pula disandang oleh peserta berusia 21 tahun dari Jamaica, Davina Bennet.

Dia merupakan seorang model yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang pemasaran di University of the West Indies.

Artikel Sebelum

Harry Lamar Meghan Ketika Memasak

Artikel Berikut

Artikel Lain