suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terpaksa Pecah Dinding Kerana Seorang Wanita

Dinding bilik tidur Isabella terpaksa dipecahkan untuk membawanya keluar ke hospital. Foto CEN/Cadena3

ISABELLA Amaral baru berumur 30 tahun, tetapi berat badannya kira-kira 490 kilogram.

Dia tidak boleh bergerak atau berjalan.

Bagaimanapun, Isabella perlu dibawa keluar ke Hospital Rosario di kampung halamannya di Argentina untuk menjadi pembedahan.

Satu pasukan terpaksa memecah dinding bilik tidurnya bagi membolehkan dia dibawa keluar.

Isabella akan menjalani pintasan lapisan perutnya, yang mana mengehadkan jumlah makanan yang boleh ditampung di dalam perut.

Isabella Amaral. Foto CEN/Youtube

Bagaimanapun, Isabella perlu mengurangkan 200 kilogram secara semula jadi sebelum boleh menjalani pembedahan.

Sepupunya, Carmen berkata, usaha untuk membawa keluar Isabella dari rumahnya ke hospital amat berisiko.

"Caranya nampak mengerikan tetapi pasukan bomba melakukannya segala-galanya sebaik mungkin. Kami bersyukur," katanya.

Isabella dilaporkan menjalani diet cecair selama sebulan bagi membantunya mengurangkan berat badan. - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain