suria

Wanita Bingung Jarum, Paku Keluar Di Kaki

SEORANG ibu tunggal dari India bingung apabila banyak jarum dan paku keluar dari kakinya.

Anusiya Dewi, 35, yang berasal dari perkampungan kecil di daerah Fatehpur, Uttar Pradesh, utara India berkata, fenomena aneh itu dialaminya sejak tahun 2012.

Anusuiya berkata pada mulanya terdapat ketumbuhan pada kakinya sebelum ia pecah dan mengeluarkan cecair bersama jarum dan paku.

Penderitaan yang dialami menyebabkan dia sukar untuk berjalan, berdiri dan duduk seperti biasa.

Namun, doktor tidak mahu membantu kerana menganggap wanita itu telah memasukkan sendiri jarum dan paku ke dalam kakinya.

Dia bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menegaskan tidak pernah bertindak menyiksa atau mencederakan dirinya sendiri seperti yang didakwa doktor.

Abangnya, Awadhesh Kumar yang tinggal bersama sejak tujuh tahun lepas turut menyatakan perkara serupa.

"Saya tidak percaya dia masukkan sendiri benda-benda itu dalam kakinya. Sudah hampir lima tahun dia menaggung derita. Saya pun tak tahan melihatnya dalam keadaan begitu.

"Ada tiga jenis jenis jarum yang keluar iaitu jarum biasa, jarum picagari dan paku," ujar Awadhesh.

Anusuiya telah bertemu beberapa doktor di daerah itu namun tiada seorang pun yang dapat membantu.

Pada 25 Oktober lalu, dia dimasukkan ke hospital daerah milik kerajaan di Fatehpur dan laporan imbasan X-ray mendedahkan terdapat lebih 70 jarum dalam kakinya.

"Dia datang dalam keadaan sakit. Kami membuat beberapa imbasan dan menemui 70 jarum pelbagai jenis hanya di bahagian kakinya," kata Dr Naresh Vishal.

Menurutnya, dari segi perubatan agak mustahil untuk jarum muncul sendiri dalam badan manusia.

Pihak hospital tidak dapat mengesahkan bagaimana jarum itu masuk ke dalam badannya namun mengesyaki wanita itu yang bertindak melakukannya sendiri.

Doktor juga mahu melakukan pemeriksaan kesihatan mental untuk mengesahkan perkara itu.

Menurut Dr Vishal, Anusuiya akan dihantar ke hospital Kanpur yang memiliki lebih ramai doktor pakar untuk memeriksa fenomena aneh itu.

wanita paku, jarum

Artikel Sebelum

Mudah Sangat Terpengaruh...

Artikel Berikut

Artikel Lain