suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikan Paus Sesat Di Aceh

JAKARTA: Orang ramai memenuhi sekitar kawasan pantai di Aceh apabila sekurang-kurangnya 12 ikan paus sperma, termasuk dua yang cedera didapati terdampar di situ.

Usaha untuk menyelamat mamalia itu giat dilakukan pihak berkuasa dan nelayan, kata seorang aktivis alam sekitar.

Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Aceh, Sapto Aji Prabowo berkata, sukarelawan menunggu hingga air pasang untuk membawa ia kembali ke laut menggunakan tali.

“Lebih baik tunggu sehingga air pasang, tetapi kami bimbang haiwan ini mungkin akan mati,” katanya.

Imej yang tersebar di media sosial menunjukkan puluhan sukarelawan berjalan di atas terumbu dan mengikat tali pada ikan paus dan mengalihkan siripnya ke dalam air yang cetek.

Ikan paus sperma itu antara mamalia terbesar di dunia dan boleh membesar sehingga 12 meter dan mencapai berat 57 tan.

Tahun lalu, 29 ikan paus terperangkap dalam paya bakau di pantai timur Jawa tetapi berjaya melepaskan diri dengan bantuan nelayan.- Reuters


Aceh, paus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain