suria

Trump Bengang Dipanggil "Tua"

HANOI: Walaupun tidak berpuas hati kerana Kim Jong Un  memanggilnya "tua", Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau bagaimanapun tidak akan memanggil pemimpin Korea Utara itu "pendek dan gemuk".

Trump meluahkan pandangannya itu menerusi tweet pada Ahad ketika menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di resort tepi pantai Da Nang, Vietnam.

"Kenapa Kim Jong-un memalukan saya dengan memanggil saya 'tua', sedangkan saya tidak akan memanggilnya 'pendek dan gemuk'. Saya cuba untuk menjadi kawannya, mungkin ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti!"

Hubungan Trump dan Jong un dipenuhi dengan pelbagai kata-kata ancaman dan penghinaan susulan program peluru berpandu nuklear Korea Utara.

Setakat ini, Pyongyang telah melaksanakan ujian nuklear ke enam pada 3 September lalu.




Trump, Jong un

Artikel Sebelum

Skandal Paradise Papers

Artikel Berikut

Artikel Lain