suria

Lelaki ‘Kerusi Roda’ Pasang Kamera Intip Penjaga Wanita

SEORANG lelaki kelainan upaya yang menyembunyikan kamera di rumahnya untuk merakamkan pergerakan penjaga wanita secara rahsia bagi memenuhi keinginan seksualnya dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah.

Farhan Mian (gambar) yang terlantar di katil dan memerlukan penjagaan sepenuh masa menghasilkan video rahsia tiga pekerja di rumahnya di barat London.

Lelaki berusia 32 tahun itu menderita distrofi otot dan hanya boleh menggerakkan lidahnya dan ibu jari kanan, namun mampu mengendalikan komputer untuk berkomunikasi.

Suspek dibawa ke mahkamah menaiki kerusi roda yang turut berfungsi untuk membantu dia bernafas.

Farhan meminta saudaranya memasang kamera dengan alasan keselamatan selepas menjadi mangsa samun pada 2014.

Kamera-kamera tersebut diletakkan di bilik air dan bilik di mana para penjaga wanita itu tinggal bersamanya dan suspek boleh memantau kamera tersebut melalui komputernya.

Terdapat juga kamera yang disembunyikan di kepala katil.

Manakala, ada kamera yang hanya ditumpukan di bilik air dan terdapat rakaman menunjukkan seorang daripada penjaga wanita tersebut sedang mencukur bulu pada alat sulitnya.

Hakim Giles Curtis-Raleigh memberitahu Farhan: "Anda dipercayai oleh penjaga yang melakukan segala-galanya untuk anda.

"Anda merakam ketiga-tiga wanita muda yang tidak menyadari kamera tersebut dipasang di flat (kediaman) anda.

"Adalah jelas daripada keterangan mereka bahawa mereka mendapati perkara ini mengecewakan dan mereka dikhianati oleh tindakan anda yang mementingkan diri sendiri untuk kepuasan seksual."

Seorang penjaganya memberitahu Farhan telah mengubah suai biliknya kepada warna merah jambu dan kepala katil dicat dengan anak patung 'Playboy' ketika dia bercuti pada Jun 2011. - Mirror

Artikel Sebelum

iPhone X Tak Tahan Sejuk?

Artikel Berikut

Artikel Lain