suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nota Biadap Untuk Ambulans

SEKEPING nota yang 'tidak berhati perut' ditinggalkan pada cermin hadapan sebuah ambulans yang cuba menyelamatkan nyawa seorang lelaki.

Nota tersebut yang berbunyi: "Anda mungkin menyelamatkan nyawa, tapi jangan parkir van anda di tempat yang bodoh dan menghalang laluan saya" ditinggalkan pada tingkap cermin itu pada waktu tengah hari di Small Heath, Birmingham.

Van tersebut diletakkan di kawasan itu kurang daripada setengah jam dan kru ambulans sedang menyelamatkan lelaki dalam keadaan kritikal yang mengalami muntah darah.

Seorang jurucakap Perkhidmatan Ambulans West Midlands memberitahu Mirror Online: "Kadang-kadang kami pun tidak tahu apa nak dikatakan.

"Pada masa itu, kru sedang membantu seorang lelaki yang sangat sakir selepas mengalami muntah darah.

"Mereka memeriksa keadaan kesihatan lelaki itu dan segera mengejarkannya ke hospital kerana dia sangat kritikal.

"Staf kami sentiasa cuba untuk letakkan kenderaan secara berhemah, namun ada ketika masa sudah suntuk. Maaf, pesakit diutamakan," katanya.

Orang awam berasa marah selepas perhidmatan ambulans tersebut memuat naik gambar berkenaan di Twitter.

Amanda berkata di Twitter: "Sesetengah orang sungguh mementingkan diri dan tidak berfikir tentang sebab mengapa seorang kru terpaksa berbuat demikian.

"Saya harap orang itu melihat 'posting' ini dan belajar untuk lebih menghormati perkhidmatan yang mungkin akan menyelamatkan nyawa mereka atau keluarga serta rakan pada masa depan."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Detik Sejarah Berubah Warna

Artikel Lain