suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Monyet Ketagih Petrol

SEEKOR monyet yang ketagih petrol ditangkap ketika menyedut bahan api itu daripada tangki motosikal di sebuah pasar di utara India.

Haiwan yang kelihatan dahaga itu menyasarkan motosikal yang diparkir di kawasan pasar di Panipat, Haryana.

Penduduk tempatan juga memantau situasi di kawasan berkenaan selepas tangki motosikal mereka sering kali kehabisan minyak.

Sesuatu yang mengejutkan ramai apabila mendapati ia angkara haiwan berkenaan.

Gaurav Leekha yang juga sukarelawan di sebuah pertubuhan berkata, ketika ditangkap, haiwan itu sememangnya kelihatan begitu ketagih  petrol.

"Ia tidak mahu makan walaupun diberi pisang dan kacang," katanya.

Seorang mekanik telah merakam gambar seekor monyet sedang menyedut petrol sebuah motosikal.

Leekha berkata, haiwan itu bagaikan tidak menghiraukan kehadiran orang ramai ketika melakukan perbuatan itu.

Haryana, Leekha

Artikel Sebelum

Detik Sejarah Berubah Warna

Artikel Berikut

Netanyahu Disiasat

Artikel Lain