suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Netanyahu Disiasat

TEL AVIV: Penyiasat polis Israel menyoal siasat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di kediamannya di Baitulmaqdis kerana disyaki menerima hadiah berharga daripada beberapa usahawan untuk memajukan perniagaan mereka.

Penyiasat unit anti rasuah Lahav 433 tiba di rumah Netanyahu petang Khamis, untuk menjalankan soal siasat mengenai penglibatannya dalam kes polis 1,000 dan 2,000.

Kes 1,000 melibatkan hadiah yang diberi kepada pemimpin itu dan keluarganya oleh ahli perniagaan berbeza terutamanya penerbit Hollywood kelahiran Israel, Arnon Milchan.

Netanyahu dan isterinya bagaimanapun menafikan salah laku dalam kes tersebut selain mendakwa nilai barang adalah jauh lebih rendah daripada dilaporkan dan ia hanyalah pertukaran kecil antara kawan rapat.

Ia adalah kali kelima penyiasat menyoal siasat Netanyahu kerana rasuah. - Press TV

Netanyahu

Artikel Sebelum

Monyet Ketagih Petrol

Artikel Berikut

Artikel Lain