suria

Monyet Dapat Pengajaran Lepas Tiru Lagak Manusia

-fotoAsiaWire/Facebook

SEEKOR anak monyet nakal akhirnya mendapat pengajaran mengapa dia tidak patut meniru lagak manusia.

Anak monyet baka 'macaque' itu menerima padah selepas mencuri kopi seorang pelancong dan kemudiannya pengsan kerana 'overdos' kafein.

Monyet yang mungkin dahaga itu dikatakan melompat ke atas motor seorang pelancong di daerah Bang Khun Thien, Bangkok, sebelum meneguk minuman itu sehingga licin.

-fotoAsiaWire/Facebook

Kemudian, monyet itu melompat dari motosikal sebelum rebah dan pengsan.

Susulan insiden itu, doktor haiwan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Setelah diberi rawatan, anak monyet itu kembali sedar pada pukul 3 pagi keeseokan harinya.

-fotoAsiaWire/Facebook

Laman komuniti atas talian, Khon Rak Ling Hua Jai Kraeng yang melaporkan berita itu berkata, monyet itu mungkin mahu meniru lagak manusia yang sering dilihat minum kopi sambil menaiki motosikal.

Setelah dipastikan sembuh sepenuhnya, monyet itu dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Menurut warden haiwan tempatan, monyet baka macaque itu sepatutnya hanya diberi makan buah dan sayur-sayuran sahaja.

monyet, kopi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain