suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Kahwini Ibu Kandung Dipenjara

DUNCAN: Seorang wanita Oklahama, Misty Spann ditahan atas kesalahan perbuatan sumbang mahram selepas mengahwini ibu kandungnya.

Siasatan polis mendedahkan bahawa pasangan tersebut mepunyai hubungan darah daging dan telah berkahwin di Comanche.

Para penyiasat memberitahu News 4, Patricia Spann, 43, hilang hak penjagaan terhadap  Misty dan dua lagi anaknya ketika mereka masih kecil.

Anak-anak tersebut kemudiannya dijaga oleh nenek mereka.

Patricia menegaskan kepada pihak penyiasat bahawa dia tidak menghubungi anak-anaknya sehingga beberapa tahun lalu.

Rekod mahkamah menunjukkan dia juga pernah mengahwini anak kandung lelakinya pada 2008 dan perkahwinan itu dibatalkan pada 2010.

Seorang lagi anak lelaki Patricia memberitahu stesen berita tempatan bahawa wanita itu turut cuba menjalinkan hubungan sumbang dengannya, namun lelaki itu menolak.

Bagaimanapun, Patricia memberitahu pihak berkuasa bahawa dia tidak melanggar undang-undang apabila mengahwini Misty kerana namanya tidak lagi tersenarai dalam sijil kelahiran anak perempuannya itu.

Di Oklahama, sumbang mahram dianggap feloni dan sekiranya didapati bersalah, boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun.

Patricia dijadualkan untuk dibicarakan di mahkamah pada Januari depan. - Oklahama News

sumbang muhrim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain