suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Gemuk Duduk Atas Budak Sampai Mati

-fotoAP

SEORANG wanita gemuk berdepan tuduhan membunuh seorang budak perempuan berusia sembilan tahun dengan cara duduk di atasnya.

Veronica Green Posey, 64, berdepan hukuman mati jika didapati bersalah, juga berdasarkan prospek dakwaan dia telah melakukan penderaan teruk terhadap kanak-kanak.

Posey dikatakan memberitahu polis dan paramedik yang bertindak balas kepada panggilan 911 bahawa dia terpaksa duduk di atas Dericka Lindsay untuk menghukumnya, kerana budak itu tidak dapat dikawal.

Sebelum meninggal dunia, budak itu telah memberitahu Posey dan ibu bapa angkatnya bahawa dia tidak dapat bernafas selama 10 minit ketika dihukum di rumahnya di Pensacola, Florida.

Walaupun mengadu sukar bernafas, Posey dengan berat 325lb (147.5kg) itu didakwa tetap 'menambah' masa hukuman dengan duduk di atasnya selama dua minit lagi.

Ibu bapanya, Grace Smith dan James Smith juga berdepan tuduhan pengabaian.

Posey bebas dengan jaminan AS$125,000. Rekod penjara tidak menyenaraikan peguamnya.

Setiausaha Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga Florida, Mike Carroll mengeluarkan kenyataan yang menyebut kematian kanak-kanak itu sebagai 'mengerikan'.

Dia berkata agensi itu akan bekerjasama dengan pejabat sheriff untuk menahan mereka yang bertanggungjawab atas kematiannya. -metroUK

kes bunuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tak Menyempat- Nyempat!

Artikel Lain