suria

Lamar Teman Wanita Dengan 25 Iphone Xs

SEORANG pereka permainan video dari Shenzen, China, baru-baru ini membuat semua peminat iPhone di seluruh dunia cemburu apabila dia menghadiahkan 25 buah iPhone X baharu dan menyusunnya dalam bentuk hati untuk melamar kekasihnya.

Untuk melaksanakan lamaran serba mewah itu, Chen Ming membuat pra tempahan 25 buah iPhone Xs.

Apabila model itu dilancarkan di China pada 3 November lalu, dia menyusun kesemua 25 iPhone Xs menjadi bentuk hati dan ditabur dengan mawar merah serta cincin pertunangan di tengah.

Bagi memastikan kejutan itu menjadi, Chen meminta temannya membawa gadis itu ke lokasi berkenaan.


Gadis yang dikenali sebagai Lee, ternyata tersentuh apabila tiba di lokasi itu dan melihat Cheng melutut sambil memegang cincin perkahwinan.

Jika anda tertanya-tanya mengapa Chen memilih untuk menghadiahkan iPhone X, ini kerana dia dan teman wanitanya merupakan peminat tegar permainan video.

Malah, mereka bertemu dua tahun lalu menerusi permainan video yang direka oleh Chen.

25 buah iPhone Xs juga dikatakan sebagai simbolik kepada usia Lee.

Apa yang lebih mengujakan, mereka berdua menghadiahkan iPhone itu kepada rakan-rakan yang bersepakat membantu dalam melaksanakan kejutan itu.

Gambar lamaran itu menjadi tular di negara China menyebabkan ramai yang mempersoal kenapa Chen sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk membeli 25 buah iPhone X.

iPhone X dijual pada harga 8,388 yuan (RM5351) di tanah besar China.

Ini bermakna Chen membelanjakan 210,000 yuan (RM13,3987) untuk membeli 25 buah iPhone X.

Chen Meng sepatutnya bersyukur apabila gadis itu menerima lamarannya.

Pada tiga tahun lalu, seorang lelaki Cina yang membelanjakan AS$100,000 (RM422800) untuk membeli sejumlah iPhone 6 kecewa apabila lamarannya ditolak kerana teman wanitanya mahukan berlian.

iphone X, lamar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

#mudahterhibur

Artikel Lain