suria

Dua Suspek Militan Mati Ditembak

PATTANI: Pasukan keselamatan Thailand menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kumpulan militan dalam kejadian berbalas tembak di Kampung Chok Bo, Saiburi di sini, Rabu.

Ketua Ranger Kompeni ke-44 Saiburi,  Kol Phumipat Bunreangkhao berkata, kira-kira 30 anggota keselamatan telah mengepung sebuah rumah di kampung berkenaan mulai 4 pagi (waktu tempatan).

“Kepungan itu dilakukan selepas mendapat maklumat perisikan bahawa dua lelaki yang mempunyai waran tangkap bersembunyi di rumah berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Pada pukul 10 pagi, katanya, berlaku tembak-menembak apabila ketua skuad keselamatan berusaha memujuk kedua-dua suspek itu supaya menyerah diri menggunakan pembesar suara.

Selepas insiden tembak-menembak itu terhenti, menurut beliau, anggota keselamatan menemui mayat Alias Dahamea, 28 dan Qaddafi Samasae, berumur 23 tahun serta dua pucuk pistol 9mm di sisi mayat kedua-dua lelaki itu.

Katanya, pihaknya percaya kedua-dua suspek itu terbabit dalam insiden letupan bom pada 22 September lepas yang mengorbankan empat anggota tentera. - BERNAMA

militan, Pattani

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain