suria

Remaja Rakam Aksi Sebelum Maut Ditembak

SEKUMPULAN remaja yang dalam perjalanan menaiki kereta telah merakamkan kematian mereka dengan menyiarkan secara langsung menerusi laman Facebook insiden ditembak polis.

Empat sekawan itu menyiarkan secara langsung situasi di dalam kereta apabila tiba-tiba dihujanni peluru tembakan anggota bersenjata.

Rakan Facebook mereka menontonya ketika tembakan dilepaskan dari helikopter polis ke arah kenderaan yang dinaiki di Rio de Janeiro di timur Brazil.

Rakaman menggemparkan itu menunjukkan bagaimana polis menyasarkan kumpulan itu ketika operasi membanteras pengedaran dadah.

Klip video yang diperoleh menerusi media sosial menunjukkan remaja lelaki itu dalam perjalanan menaiki kereta.

Salah seorang daripada mereka telah menggunakan telefon bimbit untuk menyiarkan apa yang dilalui kumpulan itu ketika saat genting itu.

Menerusi rakaman itu, remaja berkenaan dilihat ketawa dan berjenaka dengan berlatar belakangkan muzik yang kuat.

Bagaimanapun tiba-tiba muzik terpadam dan kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu.

Telefon yang merakamkan aksi mereka kemudiannya terjatuh ke lantai kereta itu, manakala bunyi tembakan masih berterusan.

Dipercayai tiga daripada empat remaja itu maut di lokasi, manakala seorang lain cedera.

Semua remaja terlibat dipercayai suspek kegiatan pengedaran dadah di bandar itu.

Rio de Janeiro

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain