suria

Foto Gajah Diserang Menang Anugerah

BENGAL BARAT: Gambar yang menunjukkan seekor gajah dewasa dan anak gajah dilontar bom petrol telah memenangi anugerah Photograph of the Year 2017.

Laporan News AU mengatakan foto bertajuk 'Hell is Here' oleh Biplab Hazra menunjukkan kedua-dua haiwan melarikan diri selepas menghampiri perkampungan manusia.

Bom petrol dilontar untuk melarang haiwan tersebut merosakkan tanaman.

Penggunaan api dan melontar mercun memang cara biasa yang digunakan penduduk di Jhargram untuk mengalau gajah.

Kata Biplab, kedua-dua haiwan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan masih hidup selepas serangan.

Anugerah diberikan oleh Sanctuary Nature Foundation yang berpusat di Mumbai.

Agensi tersebut menyasarkan pemeliharaan biodiversiti dan hubungan komuniti.- Sinar Harian

Biplab Hazra

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Guna Drone Pun Boleh

Artikel Lain