suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Galaxy S8 Atasi IPhone 8

Galaxy S8 mendahului senarai telefon pintar terbaik mengatasi iPhone 8 berdasarkan tinjauan majalah pengguna Amerika Syarikat. - Bloomberg/Waldo Swiegers

SEOUL: Telefon bimbit Galaxy S8 keluaran Samsung Electronics Co, mendahului senarai telefon pintar terbaik mengatasi iPhone 8 berdasarkan tinjauan majalah pengguna Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Menurut satu laporan pengguna, Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus yang dikeluarkan awal tahun ini, masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua.

Sementara model telefon pintar iPhone 8 Plus dan iPhone 8 terbaharu keluaran Apple Inc, masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.

Model Samsung Galaxy S7 yang dikeluarkan tahun lepas pula, menduduki tangga ketiga manakala Galaxy Note 8 yang mula dipasarkan pada September berada di tempat keenam.

Model telefon pintar V30 keluaran LG Electronics Inc, tidak termasuk dalam senarai kerana hanya baru berada di pasaran AS bulan ini. - Bernama

Galaxy S8

Artikel Sebelum

Berdosa Kerana 'Dara'

Artikel Berikut

Artikel Lain