suria

Palestin Larang Bercerai Di Bulan Ramadan

PASANGAN pengantin Palestin melangsungkan perkahwinan secara beramai-ramai pada 2015. - REUTERS

BAITULMAQDIS: Ketua mahkamah Islam Palestin memerintahkan semua hakim agar tidak membenarkan penceraian sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Arahan tersebut dikeluarkan atas sebab bimbang kepenatan ketika ibadah puasa menyebabkan perkataan yang kurang elok mudah dihamburkan, sekali gus menyebabkan penyesalan di kemudian hari.

Hakim Mahmud Habash berkata, berdasarkan pengalamannya tahun-tahun terdahulu, beliau mendapati ibadah puasa dan larangan merokok yang bermula pada Sabtu, cenderung menyebabkan sikap panas baran dan ringan mulut.

"Ada kes, disebabkan tidak makan dan tidak merokok, mencetuskan masalah dalam perkahwinan mereka kerana mereka membuat keputusan terburu-buru," katanya.

Menurut Pihak Berkuasa Palestin, kira-kira 50,000 perkahwinan diadakan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza pada 2015 tetapi lebih 8,000 kes penceraian juga didaftarkan.

Masalah pengangguran dan kemiskinin merupakan punca utama masalah tersebut.

Hanya mahkamah syariah sahaja yang berkuasa dalam menguruskan kes penceraian di Palestin. - Al Jazeera

Palestin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain