suria

Anak 8 Tahun Maut, Ibu Di Hospital Masih Tak Sedar

Saffie Rose Roussos

IBU kepada mangsa serangan pengganas yang berusia lapan tahun sedang berjuang untuk hidup di hospital dan tidak tahu bahawa anaknya telah meninggal dunia.

Saffie Rose Roussos setakat ini menjadi mangsa paling muda terbunuh dalam pengeboman bunuh diri di Manchester Arena, yang meragut 22 nyawa dan mencederakan 119 yang lain.

Ibunya, Lisa Roussos, yang turut hadir ke konsert Ariana Grande, cedera parah.

Lisa dan kakak kepada Saffie, Ashlee Bromwich terpisah daripada kanak-kanak berusia berusia lapan tahun itu semasa berlakunya huru-hara malam Isnin.

Salman Patel, yang mengenali keluarga berkenaan memberitahu Mail Online: "Sedih sekali apabila Saffie meninggal dunia dan ibunya, yang kami tahu, tidak sedar akan perkara ini. Saya mendoakan keluarga ini,  ia betul-betul menyayat hati.

"Saya mendoakan ibunya cepat sedar dan dapat berdepan hakikat mengenai apa yang berlaku terhadap anak perempuannya."

Patel bekerja di pejabat pos dekat rumah keluarga Lisa di Tarleton, Lancashire, dan menyifatkan Saffie sebagai kanak-kanak yang ceria, banyak bercakap dan berperwatakan menarik.

Dia menambah: "Saya sangat terkejut dan tidak percaya ini berlaku. Saya sangat kenal dengan keluarga ini dan telah mengenali Saffie sejak dia masih kecil. Dia sentiasa datang ke pejabat pos. '

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain