suria

Kanak-Kanak Antara 22 Terbunuh

MANCHESTER: Seramai 22 orang termasuk beberapa orang kanak-kanak terbunuh dalam serangan berani mati yang dilakukan oleh seorang lelaki selepas berakhirnya konsert Ariana Grande di Manchester pada Isnin.

"Kami percaya, pada peringkat ini, serangan malam semalam telah dilakukan oleh seorang lelaki," kata Ketua Polis Manchester Konstabel Ian Hopkins.

"Keutamaan adalah untuk menentukan sama ada dia bertindak bersendirian atau sebagai sebahagian daripada rangkaian.

"Penyerang itu, saya boleh sahkan, meninggal dunia di arena. Kami percaya penyerang itu membawa bahan letupan improvisasi yang diletupkan sehingga berlakunya kekejaman ini." -Reuters


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain