suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati Kami Luluh - Pengurus Ariana Grande

LOS ANGELES: Scooter Braun, pengurus Ariana Grande mengeluarkan kenyataan terhadap serangan di Manchester Arena, lokasi konsert penyanyi pop Amerika Syarikat itu berlangsung.

"Malam ini, hati kami luluh. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan mengenai kesedihan kami terhadap keluarga dan mangsa yang cedera dalam serangan tidak masuk akal itu," katanya.

Menurut laporan di Britain, seramai 19 dilaporkan maut manakala 59 lagi cedera yang disifatkan sebagai serangan pengganas.

Ambulans dilihat dikejarkan ke lokasi kejadian dan polis menasihati orang ramai supaya mengelak melalui kawasan tersebut.

Rakaman video yang dimuat naik menerusi Twitter menunjukkan penonton konsert menjerit dan lari bertempiaran.

Ada di antara mereka berlumuran darah.


Ariana Grande, Manchester Arena

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain