suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minta Nuget Ayam Pecah Rekod Tweet

PERMINTAAN seorang lelaki supaya diberikan nuget ayam percuma menarik tiga juta retweet, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang selebriti Hollywood, Ellen DeGeneres.

Menurut BBC, Carter Wilkerson membuat permintaan yang dianggap 'mengarut' itu kepada akaun Twitter rangkaian makanan, Wendys pada 5 April lalu.

Semalam, tweet oleh Carter berjaya menarik 3,490,249, memecahkan rekod Ellen untuk tweet swafoto selebriti Hollywood pada Anugerah Oscars pada 2014.

Selepas Carter mendapat sokongan berjuta-juta pengguna Twitter, Wendys akhirnya bersetuju untuk memberikan bekalan nuget ayam selama setahun kepada pemuda berkenaan.

Tweet oleh Ellen DeGeneres pada 2014 yang menarik 3.2 juta retweet.

Selain itu, Wendys berjanji akan menderma sebanyak AS$100,000 (RM434,700) kepada organisasi kebajikan atas nama Carter.

Selain Wendys, terdapat beberapa rangkaian, syarikat global dan selebriti memberikan respon terhadap tweet Carter.

Apple Music, Microsoft, Amazon, Google, malah Twitter sendiri retweet tweet yang dimuatnaik oleh Carter.

Ellen pula 'mengecam' tindakan Carter memecahkan rekodnya dalam salah satu episod rancangnnya.

"Hentikan sekarang. Saya berusaha keras untuk mencipta rekod, dan dia (memecahkan rekod) dengan hanya meminta nuget?" kata Ellen sambil tertawa.

Tweet dari Ellen sebelum ini menarik 3.2 juta retweet.- Sinar Harian

Wendys, Tweet, Wilkerson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain