suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duta Orang Utan Albino Tiada Nama

JAKARTA: Orang utan albino yang jarang ditemui telah diangkat menjadi duta spesis yang semakin terancam itu hasil usaha sebuah organisasi perlindungan haiwan.

Orang utan betina yang berbulu putih dan bermata biru itu diselamatkan di daerah Kapuas Hulu selepas dikurung penduduk kampung dalam sangkar.

Yayasan Orang utan Borneo (BOSF) yang menjaga spesies terancam berkenaan memberitahu, ini adalah kali pertama dalam tempoh 25 tahun badan itu menerima orang utan albino.

“Dia kini menjadi duta kepada spesiesnya dan kami meminta orang ramai membantu untuk menamakannya,” kata BOSF.

Kata yayasan itu, orang utan berkenaan yang berusia lima tahun masih lemah dan dijangkiti parasit serta takutkan manusia.

Kenyataan itu menyebut, orang utan berkenaan kini ditempatkan di pusat pemulihan BOSF yang memelihara hampir 500 orang utan. - AFP




BOSF, Kapuas Hulu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain