suria

Jae-In Diramal Menang Besar

Moon Jae-In.

SEOUL: Bekas peguam hak asasi manusia, Moon Jae-In diramal memenangi pilihan raya presiden Korea Selatan dengan kemenangan besar.

Ia adalah berdasarkan tinjauan pendapat selepas pusat pengundian ditutup pada Selasa.

Pilihan raya itu diadakan bagi memilih presiden baharu selepas Park Geun-Hye digulingkan atas pertuduhan rasuah.

Menurut tinjauan bersama tiga stesen televisyen, Moon yang juga calon Parti Demokratik memenangi kira-kira 41.4 peratus undi.

Sementara itu, calon Konservatif, Hong Joon-Pyo ketinggalan di belakang dengan 23.3 peratus undi manakala Ahn Cheol-Soo meraih 21.8 peratus undi.

"Saya berpendapat rakyat betul-betul mahukan perubahan dalam kerajaan... kami boleh menjadikan ia sebagai realiti hanya apabila rakyat keluar mengundi," kata Moon.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain