suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nyawa Melayang Selepas Ambil 'Cendawan Ajaib' Di Bali

BALI: Seorang warga Singapura berusia 23 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari bilik hotelnya di pulau Bali, Indonesia.

Pelajar berkenaan, yang dikenalpasti oleh media Indonesia sebagai Ong Chee Seng, dilaporkan terjatuh dari Hotel Terrace di Badung, Bali, pada hujung minggu.

Laman berita Indonesia Tribun Bali pada Isnin melaporkan bahawa Chee Seng telah mengambil 'magic mushroom' (cendawan ajaib) yang mempunyai kesan khayal dan halusinasi dengan cara memasukkannya ke dalam jus oren.

Mayatnya ditemui di lorong belakang Hotel Akmani, Jalan Legian Kuta Badung dan dibawa ke hospital BIMC di Kuta.

Jurucakap kepada Kementerian Luar Negeri memberitahu The Straits Times pada malam Isnin bahawa Kedutaan Singapura di Jakarta 'memberikan bantuan konsular kepada keluarga warga Singapura yang sudah meninggal dunia."

cendawan ajaib, khayal, Bali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ahok Ke Penjara

Artikel Lain