suria

Maut Dihempap Dinding Hospital

Pasukan Palang Merah dan penduduk setempat berusaha mencari mangsa runtuhan dinding hospital di Mombasa.

NAIROBI: Empat kanak-kanak terkorban apabila dinding di sebuah hospital runtuh dan menghempap rumah berhampiran ketika hujan lebat melanda bandaraya Mombasa.

Seorang wanita yang juga ibu kepada kanak-kanak berkenaan juga maut, selain seorang lelaki yang disahkan sebagai ahli perniagaan di bandar itu.

"Enam yang maut itu termasuk empat kanak-kanak berusia antara lima dan 15 tahun," kata Ketua Polis Mombasa, Lucas Ogara.

Mangsa berada dalam rumah  apabila dinding berkenaan runtuh.

Menurut saksi, pegawai Palang Merah mengorek sisa runtuhan di tengah hujan lebat untuk mencari mangsa yang terselamat.

Hujan lebat menyebabkan lebuh raya utama menghubungkan Mombasa dengan hab pelancongan Malindi dan Lamu di utara ditutup selepas banjir menenggelamkan jambatan berhampiran bandar sepanjang lebuh raya itu.

Tahun lalu, sekurang-kurangnya 51 maut selepas bangunan enam tingkat runtuh di daerah Huruma di Nairobi. - Reuters


Mombasa, Lucas Ogara

Artikel Sebelum

Ikan Penuh Tatu Ditangkap

Artikel Berikut

Rusia Sekat WeChat

Artikel Lain