suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dalang Daesh Korban Serangan Tentera

KETUA kumpulan Daesh di Afghanistan, dipercayai dalang yang merancang beberapa serangan termasuk di hospital tentera yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa disahkan maut dalam operasi ketenteraan.

Abdul Hasib, yang kumpulannya bersekutu dengan Daesh di Iraq dan Syria terbunuh bulan lalu dalam sebuan pasukan khas di wilayah Nangarhar.

“Dia mengarahkan serangan ke atas hospital di Kabul yang menyebabkan puluhan nyawa melayang dan cedera.

“Kerajaan Afghanistan komited meneruskan operasi melawan Daesh dan kumpulan pengganas lain sehingga mereka dihapuskan,” kata jurucakap Presiden Ashraf Ghani dalam kenyataan di Kabul.

Komander Nato di Afghanistan, Jeneral John Nicholson mengesahkan kematian Abdul Hasib dan memberi amaran anggota Daesh lain yang datang ke Afghanistan akan mengalami nasib sama.

Pertama kali muncul pada 2015, sekutu Daesh di Afghanistan menakluki sebahagian besar wilayah Nangarhar dan Kunar yang terletak berhampiran sempadan Pakistan.

Kumpulan itu mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan berdarah, termasuk di hospital tentera di Afghanistan Mac lalu, apabila lelaki bersenjata menyamar sebagai doktor menyerbu bangunan itu dan melemparkan bom tangan ke arah wad yang sesak.- AFP




Abdul Hasib, Daesh

Artikel Sebelum

Rusia Sekat WeChat

Artikel Berikut

Artikel Lain