suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Korban Banjir Di Selatan Thailand Meningkat

SEORANG penduduk Thailand menaiki bot ketika menunggu bantuan disalurkan ke daerah Sena yang terjejas akibat banjir pada 5 Oktober 2016. - REUTERS

BANGKOK: Angka korban dalam kejadian banjir di selatan Thailand meningkat kepada 11 orang dengan dua mangsa masih belum ditemukan setelah dihanyut arus deras.

Pengerusi Jabatan Menangani dan Mengurus Bencana (DDPM) Thailand, Chatchai Promlert berkata dua kes berlaku di Surat Thani, Nakhon Si Thammarat (3), Songkhla (2), Phatthalung (2) dan Pattani (2).

"Hujan berterusan mulai berkurangan di Surat Thani sementara hujan lebat masih berterusan di beberapa daerah lain. Lebih daripada 366,000 orang di 68 daerah terjejas oleh banjir," katanya dalam satu kenyataan.

Daerah lain yang terbabit termasuk Chumphon, Krabi, Trang, Yala dan Narathiwat.

Banjir bermula minggu lalu susulan hujan berterusan selama beberapa hari.

Ketua Tentera Darat Keempat, Lt Jen Piyawat Nakwanich melawat kawasan terjejas di Phattalung dan mengarahkan anggota tentera sentiasa bersiap sedia untuk membantu mangsa banjir.

Beliau berkata air di daerah seperti Muang, Khuan Kanun, Papayom dan Kongra masih tinggi susulan hujan lebat.

Pusat pelancongan Koh Samui turut dinaiki air, katanya.

Timbalan Gabenor Nakorn Si Thammarat, Khajonkiat Rakpanicmanae berkata daerah itu turut terjejas teruk dengan 15,878 orang telah dipindahkan.

Pihak berkuasa turut menghentikan perkhidmatan keretapi ke selatan sehingga menjejas perjalanan ke Trang, Hatyai, Yala dan Sungai Golok. - BERNAMA

Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain